Friday, 30 November 2012

Perkara Bengang Yang Boleh Buat Orang Bengang

Ok, nak tanya ni tajuk tu gempak tak? Tak gempak? Ok, fine korang punya tajuk tu yang gempak. * merajuk lima saat * Ok, dah habis merajuk. Kalau nak baca bacalah kalau tak nak sila klik anak panah undur di bahagian atas sekali. Bye2. Inilah antara perkara yang boleh buat orang bengang :

  1. Korang baru balik dari tempat kerja atau mana2 sekalipun dan ada orang tanya " baru balik ke? "
  2. Korang keluar bilik air dalam keadaan basah dan ada orang tanya " baru sudah mandi ke? "
  3. Korang sedang menonton tv dan ada orang tanya " tengah tengok tv ke? "
4. Korang sedang seronok menikmati makanan yang melazatkan dan ada orang tanya " tengah makan ke?" 

5. Sebenarnya banyak lagi tau perkara yang kat atas tu nak tulis lagi tapi penatlah... Kita masuk pula bahagian kedua. Saya pasti korang mesti pernah melalui pengalaman seperti di bawah........

Contoh: Ada budak....................................................................... Tolong sebarkan mesej ini kepada 10 orang kenalan anda ataupun korang akan ditimpa malang.

Ya Allah Ya Rabbi, memang rasa bengang betullah. Rasa takut dan bersalah pun ada juga. Tak tahulah nak cakap macammana. Mesej macam tu biasanya kat facebook atau hantar mesej kat handphone. Korang kalau ada perkara yang membengangkan korang silalah sharekan kat bahagian komen. Terima kasih. Bye2.

Salam sayang daripada Ain Ika.
 

Thursday, 22 November 2012

Berperang Habis-habisan



Apa khabar semua sihat? Kalau x sihat pergi jumpa doktor sebab saya bukannya seorang doktor. Saya dah lama x update kan? Korang rindu tak? Hehehe.......

Ok, semalam x dapat tidur disebabkan kepanasan akhirnya tertidur juga bangun solat Subuh pukul 6:20 pagi. Terlewat sikit. Ingatkan nak baca buku Munakahat yang tinggal saki baki je nak hafal. Tetapi perasaan tu dah terbantut dek kerana main ngan akak kat khemah. Khemah? Ya, ayah pasang khemah dalam rumah tapi kat kawasan yang tak berbumbung. Sedar tak sedar dah pukul 8:00 pagi. Lepastu nenek suruh potongkan fishcake,fishball ngan sayur sawi nak masak mi. Sedap......hingga menjilat sudu!!!!!!!!!!

Ingatkan lepas tu nak mandi terus baca buku tetapi tiba2 aral melintang. Saya tergoda untuk berblog pada hari ini. Sebenarnya saya dah berazam untuk tidak berblog sehingga habis periksa SDKA. Nak buat macam mana kan? Dah buka pun. Saya ni tengah berperang habis-habisan dngan periksalah ni. Target nak dapat PANGKAT 1. Kita mesti berkorban untuk mendapatkan kejayaan yang Insya-Allah akan menjamin masa depan kita. Ustazah kata sijil darjah khas boleh membantu kita untuk menjadi ustazah. Nak tahu tak apa cita-cita saya? Mula2 saya berhasrat nak jadi doktor pakar mata. Bila duduk fikir2 balik doktor ni perlu daya ingatan yang kuat dan keberanian untuk membedah. Saya ni tak takut darah tapi ngeri nak bedah2 ni. Dalam game bolehlah. Dan cita2 saya sekarang menjadi seorang pensyarah. 

Mengikut pengalaman saya mengambil 2 kali peperiksaan besar ( UPSR, SDEA) saya mesti rasa takut dan risau. Nak tahu apa puncanya? Selepas diselidik nilah puncanya:

  • Tidak membaca buku dari awal.
  • Tidak menghafal nota-nota yang penting.
  • Terlalu yakin dengan diri sendiri.
 Terlalu yakin dengan sendiri memang tak boleh dan tidak yakin dengan diri sendiri pun tak boleh. Kita mesti berada dalam keadaan sederhana. Terlalu yakin degan diri sendiri ( bangga diri) dapat diertikan sebagai meyakini kebolehan sendiri. Contohnya, yakin kalau baca buku last minute dapat ingat semua nota padahal yang masuk tu seciput je.... ( contoh je) Perasaan tu dululah sekarang dah tak. Dulu saya suka bezakan diri saya dengan orang lain dan saya rasa saya tak setanding dengan dia. Sekarang saya dah buang perasaan itu sebab saya tahu Nobody Is Perfect. You have to be yourself and not imitate others because  it does not show your actual attitude.

Sekarang ni kita cuma perlu berusaha dan bertawakal untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Amin...... Ustazah kata sijil darjah khas setanding dengan sijil diploma. 
Goodbye. Hope today will be your nice day not your bad day. May ALLAH bless us.

Salam sayang daripada Ain Ika.

Sunday, 4 November 2012

Cekalkan Hatimu

                                          ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!!!!!!!!!

                                     Amalan Di Awal Pagi


     Ketikaku lahir, aku disambut dengan gembira. Gembira bersama keluarga yang menyayangi diriku. Gembira kerana dilahirkan dengan keadan sempurna dan gembira dengan agama yang ku pegang iaitu Islam. Syukur kepadamu Ya Allah. Kerana mempunyai ibubapa yang telah menerapkan nilai2 agama dalam diriku.

     Namun di kala akalku sudah mampu berfikir, sudah mampu membezakan antara yang baik dan yang buruk, rasa hiba mula wujud di hati kecilku ini. Aku lahir di zaman rasulullah dan para sahabatnya telah tiada. Namun baginda masih meninggalkan dua perkara buat umatnya iaitu Al-quran dan As-sunnah. Aku melihat di mana para pemimpin tidak lagi begitu menerapkan nilai2 Islam. Di mana terdapat persengketaan politik dan ada sahaja kejadian jenayah yang melibatkan orang Islam yang terpapar di dada akhbar. Namun aku masih bersyukur kerana pemimpin negaraku adalah orang Islam dan negaraku ialah negara yang aman. Bebas daripada perperangan. Syukur kepadamu Ya Allah.

       Aku wujud di dalam masyarakat Islam. Aku tersepit di antara orang Islam yang hanya sekadar pada nama dan orang Islam yang benar2 menghayati agama Islam. Hatiku sedih apabila melihat setiap kali konsert dianjurkan pasti berjuta-juta orang menghadirinya sambil menjerit-jerit memanggil nama artis pujaan hati mereka. Mereka lupa dan lalai kepada Allah. Mereka lupakah akan maut yang sentiasa menunggu mereka? Kenapa mereka perlu melebihkan hiburan? Hatiku bingung. Namun apabila aku menoleh ke kanan, aku bersyukur Ya Allah kerana setiap kali hari Jumaat, berjuta-juta orang datang berpusu-pusu ke masjid. Masih ada lagi para penceramah yang menyebarkan dakwahnya kepada seluruh umat Islam. Masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula dan maju menerajui dunia. Syukur kepadamu Ya Allah.

       Tanpa disedari, telah terbit satu azam di dalam diriku ini. Aku ingin melihat Islam bersinar dan maju semula. Aku mahu melihat undang2 Islam yang adil. Aku ingin melihat seluruh umat Islam berjihad ke jalan Allah. Aku ingin melihat agama lain hormat pada agama Islam. Aku ingin melihat mereka terpaku melihat kemajuan Islam. Aku tidak mahu Islam dipijak-pijak bagaikan sampah yang kotor. Segala impianku ini Insya-Allah akan tercapai jika seluruh umat Islam bersatu padu dan mengetepikan segala sifat mazmumah.

     "Ya Allah ya tuhanku, cekalkanlah hatiku dalam menjalani hidup yang penuh dengan keasyikan ini. Janganlah biarkan diriku ini terbuai dan terlena di dalam keseronokan di dunia. Jangan biarkan diriku mudah terpedaya dengan hasutan dan godaan syaitan yang direjam ini ya Allah." Aku menadah tangan berdoa di dalam hati.

      Wahai seluruh umat Islam, sedarlah,bangunlah kamu semua daripada kelalaian. Kita perlu bangunkan Islam. Kita perlu mendalami agama Islam. Janganlah kita melebihkan hiburan daripada agama. Sesungguhnya apa yang saya tulis lahir dari hati saya sendiri. Tidak dinafikan saya juga kadang2 lalai dalam hiburan dan tergoda dengan godaan syaitan. Namun segala itu boleh dihalang. CEKALKAN HATIMU.

                                                       Salam sayang daripada Ain Ika.

                                                                                                 

                                                                                                            

                                                                                                        

Saturday, 3 November 2012

Cer jawab...cer jawab


                                               ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!!!!!!!

                                    Hi

      Teka-teki teka-tekuk....... itu ayat masa tadika or darjah 1 dan 2. Banyak-banyak............... itu ayat masa darjah 5 or 6. Sekarang? Jangan nak mengada-ngada nak main teka-teki macam tu. Sekarang teka-teki SEJARAH atau GEOGRAFI. * pening-pening*. Hari ini saya nak main teka-teki dengan ada walaupun anda dah pernah dengar ke tak pernah ke... x peduli. Jawapan disediakan.


1. Antara ekor tikus dengan ekor harimau, ekor siapa lagi panjang?

2. Benda ini mempunyai satu kaki dan tiga mata berwarna-warni. Kebiasaannya manusia akan patuh kepada benda ini. Siapakah dia?
3. 3+2 =5. Apakah jawapan lain dia?
4. Binatang apa yang paling kurang ajar?
5. Benda ini ada dua gigi, hidung yang mancung dan mata yang bulat. Ia tinggal di dalam air.
6. Selalunya kita kita akan jumpa semalam baru jumpa esok. Macam mana nak jumpa esok dulu baru jumpa semalam?
7. Ayah Mary ada 5 orang anak. Sorang nama Wawa, Wiwi, Wuwu dan Wewe. Apakah nama anaknya yang  kelima?
8. Benda apa yang dekat di hati dan selalu  menjadi tempat laluan untuk menemui jalan keluar?
9. Ayam boleh nampak kita tapi kita x boleh nampak ayam. Kenapa?
10. Tikus apa yang ada dua kaki?
11. Itik apa ada dua kaki?
12. Dalam banyak-banyak orang, orang apa yang tidak boleh bergerak, berkahwin dan sentiasa berdiri tegak?
13. Ada  nenek yang berjalan melompat-lompat. Nenek siapa ni?
14. Benda apa yang kita suka cari dan bila dah jumpa kita akan buang atau menggetelnya?
15. Kenderaan apa ada seorang penumpang tapi ada ramai pemandu?
16. Huruf apa yang boleh kahwin?

JAWAPANNYA DI BAWAH NI......


1. Ekor tikus sebab ekor tikus mencecah lantai.

2. Lampu isyarat
3. Jawapan lain salah.
4. Kutu rambut sebab dia pijak kepala kita.
5. Spongebob Squarepants
6. Sila buka kamus dan baca dari hadapan ke belakang anda akan jumpa perkataan esok terlebih dahulu.
7. Mary.
9. Usus
10. Mickey mouse.
11. Semua itik ada dua kaki.
13. Orang -orang yang kat sawah padi.
14. Tahi hidung.
15. Keranda.
16. I dan U

Ok. Stop. Seronok x? Korang dapat markah berapa? Korang cari butang komen dan sila tulis markah anda.  Jangan tipu tau. Kat bawah ni gred markah.


 12-16 = .A. Tahniah, tahniah,tahniah. Anda adalah seorang peneka yang hebat.

 8-12   =  B. Bagus juga kepada anda. Anda pandai meneka.
 4-8     =  C. Memuaskan.
 0-8     =  D. Bolehlah tu dan cuba lagi.

Terima kasih kerana menyertai teka-teki suka2 ni. BYE2.


                                                    Salam sayang daripada Ain Ika.

                                                                                                             


                                                                                                                  

Thursday, 1 November 2012

Syurga vs Neraka


                                                    ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!!!!!!!

Comel tak? DODOL doodle ni direka oleh Lyssa Faizureen. " Kak Lyssa akak punya doodle kena culik". X kanlah x kenal Lyssa Faizureen? Kalau saya barulah logic orang tak kenal. Betul tak? Oklah sebenarnya benda tu tak de kena mengena langsung dengan perbincangan kita hari ini ya.... kawan2. Baca x tajuk kat atas tu? Mestilah baca. Pandai!!!!!!!!

Seperti yang anda ketahui kita adalah umat yang terakhir. Allah sangat sayang akan umat nabi Muhammad ( kitalah tu) sampaikan kitalah yang Allah kasi masuk syurga terlebih dahulu. Sedar x akan kasih sayang Allah kepada kita? Kalau kita termasuk saya nak solat pun susah. Kalau solat pun di akhir waktu ataupun tidak khusyuk. Bila difikir-fikir balik memang menyesal rasa macam nak buat je satu transformasi, satu penghijrahan tapi yang nak mula tu susah kalau buat pun bukan secara ISTIQAMAH.

Bila sebut pasal dosa kalau dosa banyak mestilah masuk neraka kan? Memanglah umat Islam selepas tempoh hukuman dimasukkan ke dalam neraka kita akan dimasukkan ke dalam syurga tapi tahu tak satu hari kat akhirat jauh lebih lama daripada satu hari di dunia? Betapa azabnya. Hukuman yang paling ringan pun paling tidak otak dah mendidih inikan pula hukuman yang lebih berat. ASTAGH-FIRULLAHALAZIM. MINTA DIJAUHKAN.
Artikel Islami
23 Mei 2007 - 11:36
7 Pintu (masuk) Neraka       
Oleh : Anwar Nu'maniyah dan Biharul Anwar
"Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu di huni (sekelompok pendosa yang ditentukan)" (Qs al Hijr :44)
Diriwayatkan bahwa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan kondisi neraka. Jibril menjawab: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, nama-nama pintu tersebut adalah:

1. Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.
3. Pintu ketiga untuk kaum sabian (penyembah api).
4. Lazza, pintu ini untuk setan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
6. Sa'ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.

Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terdiam. Nabi saww maminta Ia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab: "Pintu ini untuk umatmu yang angkuh"; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka. 

Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pingsan. Ketika siuman beliau berkata: "Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan kesusahanku dua kali lipat. Akankah umatku masuk Neraka?"

Kemudian Nabi saw mulai menangis. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Karena tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemudian mereka bertanya: "Mengapa beliau begitu berduka?" Namun beliau tidak menjawab.

Saat itu, Imam Ali as sedang pergi melaksanakan satu misi, maka para sahabat pergi mengahadap sang wanita cahaya penghulu wanita syurga, Sayyidah Fathimah as, mereka mendatangi rumah suci beliau, dan pada saat itu Sayyidah Fatimah as sedang mengasah gerinda sambil membaca ayat "Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal" (al-A'la:17). Para sahabat pun menceritakan keadaan ayahnya (Rasulullah saww). Setelah mendengar semua itu, Sayyidah Fatimah as bangkit lalu mengenakan jubahnya (cadur) yang memiliki dua belas tambalan yang dijahit dengan daun pohon korma. Salman al-Farisi yang hadir bersama orang-orang ini terusik hatinya setelah melihat jubah Sayyidah Fathimah as, lalu berkata: " Aduhai! Sementara putri-putri kaisar dan kisra (penguasa Persia kuno) duduk di atas singgasana emas, putri Nabi ini tidak mempunyai pakaian yang layak untuk dipakai".
Ketika Sayyidah Fathimah as sampai di hadapan sang ayah, Ia melihat keadaannya yang menyedihkan dan juga keadaan para sahabatnya, kemudian ia berkata: "Wahai Ayahanda, Salman terkejut setelah melihat jubahku yang sudah penuh dengan robekan, aku bersumpah, demi tuhan yang telah memilihmu menjadi Nabi, sejak lima tahun lalu kami hanya memiliki satu helai pakaian di rumah kami, pada waktu siang kami memberi makan unta-unta dan pada waktu malam kami beristirahat, anak-anak kami tidur beralaskan kulit dengan daun-daun kering pohon kurma. Nabi berpaling ke arah Salman dan berkata "Apakah engkau memperhatikan dan mengambil pelajaran?"
Sayyidah Fathimah az-Zahra melihat -karena tangisan yang tidak terhenti- wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung. Sebagaimana yang di ceritakan oleh Kasyfi, bahwa bumi tempat beliau duduk telah menjadi basah dengan air mata. Sayyidah Fathimah as berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu, "Mengapa Ayahanda menangis?" Nabi saww menjawab, "Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis?, karena sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku sebuah ayat yang menggambarkan kondisi neraka. Neraka mempunyai tujuh pintu, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti mati dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab".

Ketika Sayyidah Fathimah mendengar semua ini, beliau berseru, "Sesungguhnya orang yang dimasukkan kedalam api ini pasti menemui ajal". Setelah mengatakan ini beliau pingsan. Ketika siuman, beliau as berkata, "Wahai yang terbaik dari segala mahluk, siapakah yang patut mendapat azab yang seperti itu?" Nabi saww menjawab, "Umatku yang mengikuti hawa nafsunya dan tidak memelihara sholat, dan azab ini tidak seberapa bila dibandingkan dengan azab-azab yang lainya.

Setelah mendengar ucapan ini setiap sahabat Nabi saww menangis dan meratap, "Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit". Sementara sebagian lagi menangis dan meratap, "Aduhai seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini", Ammar bin Yasir berkata, "Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab". Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab-sebab duka cita itu, Salman menjawab, "Celakalah engkau dan aku, sesungguhnya kita akan mendapat pakaian dari api, sebagai pengganti dari pakaian katun ini dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).
Maha adil Allah, begitu demokratisnya memberikan kebebasan pada manusia untuk memilih.. antara iman & kufur, dengan tanpa ada paksaan " laa ikrooha fiddin..".
Akhirnya pilihan yang kita ambil, mendapatkan konsekuensi adil dari dzat yang maha adil. Jalan menuju sorga berliku nan mendaki tapi saat sampai tujuan, maka akan mendapatkan keindahan yang "tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak dapat dibayangkan oleh hati. Sedangkan jalan menuju neraka, indah mempesona..akhirnya sampai pada kondisi yang mengerikan..

Kita cerita pula pasal syurga. Bila sebut pasal syurga tentulah kita bayangkan perkara2 yang indah belaka sehingga tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Ada sungai arak yang tidak memabukkan, sungai susu dan ada juga bidadari2 yang cantik.



SUARA MASJID AL-AZIM

NIKMAT SYURGA

Abu Hurairah r.a. berkata:  Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu?  Jawabnya: Dari Air.  Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga!  Jawabnya yang bermaksud:
Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang adil.  Dan orang puasa ketika berbuka.  Dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya.
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus).  Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan.  Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya.  Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.
Ibn Abbas r.a. berkata:  Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya:  Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.
Mujahid berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya.  Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring. 
Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w.   Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan.  Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu.  Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka.  Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.
Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril:  Apakah cermin yang putih ini?  Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan).  Nabi s.a.w. bertanya: Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada' dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu).  Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.
Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah  Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu.  Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta redaMu, dua atau tiga kali.  Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka
dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka:  Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia.  Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.
Abul-Laits berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihatNya.  Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan:  Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.
Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.
Dalam riwayat lain:  Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata:  Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan munum?  Jawab Nabi s.a.w.:  Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima' (bersetubuh).  Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran?  Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan kasturi.
Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.
Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.
Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.
Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga:  Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun.  Dan yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum.  Kelima: Albasakum alhuli wal hulal.  Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin.  Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun.  Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin.  Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun.  Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran.  Ertinya:-
1.         Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.
2.         Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.
3.         Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4.         Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.
5.         Kami memberimu pakaian dan perhiasan.
6.         Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.
7.         Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.
8.         Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.
9.         Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.
10.       Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
Abul-Laits berkata:  Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam:-
1.Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu  dari maksiat maka syurga tempatnya.
2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.
3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4.Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.
5.Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.  Sebagaimana ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan.  Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia.  Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.
Ibrahim bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh penjaganya:
Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa: Ya Allah
seorang untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka bagaimana
saya akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah (Cuma-Cuma)?
Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu:  Hai Anak Adam
kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga dengan
harga murah, ertinya:  Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan,
tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.                
Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka.  Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.
Yahya bainMu'adz Arrazi berkata:  Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka  neraka berdoa:  Ya Allah hindarkan ia dari neraka.
Semoga Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga.  Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini.  Jawab Tuhan:  Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya?  Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu.  Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan:  Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya?  Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya:  Apakah kau tidak minta?  Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah:  Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.
Abdullah bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.
Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.
Firman Allah yang bermaksud:
Kami cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli yamin.

BBBila kita dengar dan hayati betapa indahnya syurga dan betapa azabnya neraka tentu semuanya memilih syurga. Namun adakah kita telah melakukan segala suruhan 
Allah dan meninggalkan larangannya. Soal itu bergantung kepada diri sendiri. Segal perkara ini termasuk juga dengan saya. Saya juga seorng hamba yang kadangkala lalai dalam dunia kerosakan.

NOTA KAKI : SEGALA TULISAN YANG BERWARNA MERAH ITU DICOPY 100 PERATUS DARIPADA:
1.www.dudung.net/artikel-islami/7-pintu-masuk-neraka.html
2.www.al-azim.com/masjid/nikmat.html


Salam sayang daripada Ain Ika.


                                                                                         

                                                                                    

gtj